Sunday, July 21, 2013

Takdir

Bismillahirrahmannirrahim Harini 22 Julai 2013, bersamaan hari ke 13 Ramadhan 1434h, da 13 hari kita berpuasa, moga Ramadhan ni ramadhan terbaik kita sepanjang hidup, Nanti tahun depan azam tetap kena sama..kena aim the best jugak. Keje2 kat opis da settle, so bole la post entry jap.. sesi luahan rasa.. Di usia yang menginjak ke 28 tahun ni, masih lagi bersendiri dikala org2 lain berlumba2 nak ramaikan anak, apa kan daya, dah nasib & jodoh ditentukan Allah, kita hanya merancang tp Allah SWT yang menentukan segalanya. Mungkin ad hikmah disebalik perjalanan yang diatur ini, kita sbg hamba haruslah berusaha yang terbaik supaya kita tak terpesong ke landasan yang salah. Alhamdulillah, kerjaya yang dipegang sekarang memangla x sehebat kawan2 yg lain, tp masih diberikan diberikan rezeki dalam dunia akaun sehingga kini. Setelah 3tahun stgh bekerja di Sungai Lui Construction & Development S/B , me buat keputusan untuk mengundur diri dr kerjaya akaun & bertekad untuk meneruskan DCA cuppies secara sepenuh masa, tp dalam masa sama , masih apply keje yg dekat ngan family kerana takut x dpt tampung komitmen , Alhamdulillah, org kata kalo niat kita baik, nak jaga ibu bapa, mesti dipermudahkan. Apply keje kat Mardec & posting ke Mentakab berjaya.. tu namanya rezeki & Allah da sediakan laluan terbaik untuk ana. Jadi bermula la kehidupan sbg seorang acc executive disini. Rezeki dtg skali lg bila dpt memasuki peperiksaan kemasukan jawatan kerajaan..& alhamdulillah, lulus untuk fasa pertama.. exam jawatan kedua masih menunggu keputusan, InsyaAllah sebelum raya ni result kuar, moga ad rezeki juga.. Manala tau, rezeki dalam kerajaan pula.. Mungkin la segala perit getir & apa yg tejadi sebelum ni , inilah hadiah Allah untukku.. Bab Jodoh, mungkin belum ditentukan. Masih mencari calon yang sesuai & yg sudi menerima segala kekurangan & kelebihan, Moga Allah merestui & menemukan dengan insan yang mulia di sisinya supaya ana juga berada dekatNya. Sesekali mmg sedih bila tgk kawan2 da bahagia dengan anak & suami tercinta, tp kita x boleh melawan takdir Allah. kita hanya boleh berusaha, tp segalanya ditentukan oleh Allah, Ana percaya, bila sampai masanya, itulah yang terbaik untuk diriku :) Hari Isnin yang mulia di bulan Ramadhan ni, rasa tenang je.. mungkin dekat ngan ibu bapa, dapat berpuasa dengan mak ayah , berterawih di masjid yg kecik2 dulu je g.. Apepun ku panjatkan Doa di bulan Ramadhan yg mulia ni, seperti doa ibuku juga, Semoga Jodohku tiba segera, dengan insan yg berhati mulia, yg boleh membimbingku didunia & akhirat , diberikan kerjaya yang boleh menjamin diri, keluarga & masa depan..aminnn..

No comments:

Post a Comment